Time

Sunday, July 20, 2008

Bagaimana Program Cintawarna Malaysia yang diadakan setiap tahun di bawah kementerian Pelancongan dapat mengeratkan lagi hubungan etnik di Malaysia

网上应该很少关于这个题目的资料吧!所以贴上来给大家参考用!Lampiran 的照片上网因该很容易找到吧^^

----------------------------------------------------------------------

Isi Kandungan

Penghargaan-

Pendahuluan-

Hujahan-

Kesimpulan-

Bibliografi-

Lampiran-

----------------------------------------------------------------------

Penghargaan

Pertama sekali, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Hubungan Etnik kami, Puan Iramaya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna dalam sepanjang masa menyiapkan projek ini.Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan ini iaitu,Boo Ting,Yi Jing,Shi Teh dan Kong Haw yang telah memberi kerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan ini.Selain itu,penghargaan juga diucapkan kepada pihak yang berkenaan yang memberi maklumat kepada kami dan membantu kami memahami tajuk ini dengan lebih jelas dalam sepanjang masa ini.

Sekian, terima kasih.

----------------------------------------------------------------------

HUJAHAN

LATAR BELAKANG CITRAWARNA MALAYSIA

Lebih seribu peserta dari seluruh Malaysia akan membuat persembahan dari segi kebudayaan,tradisional and kesenian dalam bentuk tarian dan muzik.Warganya kita menyambutkan citrawarna dengan meriah dan gembira.

Citrawarna juga dikenali sebagai “Colours of Malaysia”,adlah persembahan yang focus dalam kebudayaan dan kesenian tradisional Malaysia.Contohnya, muzik dan tarian.Persembahan itu termasuk Buddha,Islam,Kristian,Hindulism dan sebagainya agama di Malaysia,dengan pelbagai jenis kebudayaan yang dari kaum yang berlainan.Persembahan ini dijalankan dengan lancer dan sangat menonjolkan.

Pada waktu malam,langit akan dipenuhi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni,bersinar-sinar,kereta bunga hiasan yang bersinar-sinar bersama dengan peserta yang lebih kurang seribu orang.Peserta berarek-arak sambil membuat persembahan mula dari Persiaran Perdana hinggan Majestic Palace of Justice,Dataran Putrajaya.

Lebih daripada lima puluh ribu orang melihat persembahan muzik dan tarian.Malam itu,Putrajaya telah menjadi tempat yang amat cantik dan meriah.Persembahan itu amat menarikkkan dan penonton amat menikmati dalam persembahan itu.Persembahan ini mula pada lima petang dan persembahan yang utama akan bermula pada pukul lapan setengah malam di tengah pentas.Manakala persembahan yang terakhir dan juga terpenting akan bermula pada pukul sepuluh setengah malam.

Dalam penyambutan yang ke-10 ini,”Colour of Malaysia”,selama ini tidak pernah gagal untuk mengembirakan penonton terutamanya pelawat dari luar Negara,media,dan pelbagai agensi pelancongan dari Negara lain.Citrawarna tahun ini lebih meriah berbanding dengan tahun lepas kerana telah menggabungkan persembahan dengan jalan dalam acara malam ini.

----------------------------------------------------------------------

NYANYIAN

SENI SUARA

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-

bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.

Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

Seni Vokal yang berasal daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada

pendengar. Setiap seni vokal berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat

Melayu , terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal bergabung dengan muzik.

Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri

Sembilan manakala ulit anak di negeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam

upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara

bercukur kepala.

Nazam atau naban

Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa

Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para

sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan

kemerduan suara.

Marhaban, nasyid dan qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad

dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk

dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya

dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad

dan para sahabat.

Lagu yang digabungkan dengan muzik ialah

Dikir

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir

rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan

rebana atau kompang.

Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis

alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

Beduan

Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang.

Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi

dengan pukulan rebana.

Dikir barat

Sejenis nyayian yang terkenal di negeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan

pukulan rebana.

Ghazal

Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat

seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

----------------------------------------------------------------------

ALAT MUZIK MELAYU

Muzik Tradisi Warisan Istana

Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.

Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik di istana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

Tradisi Muzik Rakyat

Tradisi rendah dalam rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik di peringkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi di sekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat dan maulut.

Tradisi Muzik Melayu yang lain

Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi berasal zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping itu ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional pada zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor dalam masyarakat melayu keturunan Jawa.

Rebana Ubi

Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dan amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majilis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuahalat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

Kompang

Kompang adalah alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majilis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majilis rasmi, serta majilis perkahwinan yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai carak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Gambus

Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).

ALAT MUZIK CINA

Para orang cina telah mencipta pelbagai instrument muzik seperti Luo, Xiao dan Erhu yang telah berkembang penggunaan mereka di sepanjang Asia Timu & Tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik “free-reed” Barat.

Gong/LUO merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga dan tarian singa. Gong dibuat daripada logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, menjadi badan gong bergentar dan berbunyi. Pada masa dahulu, gong sering digunakan untuk mengarahkan tentera dalam perang. Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan ialah gong besar dan gong kecil.Garis tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana. Gong kecil dibagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana dan rendah, ia digunakan sangat luas, sering dimainkan dalam pelbagai opera tempatan tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.

Xiao atau Dongxiao merupakan alat muzik berbunyi  yang sangat kuno di China. Ia berasal dari Paixiao. Semasa Paixiao itu baru dihasilkan pada beberapa ribu tahun yang lalu, ia dikenal sebagai Xiao. Dalam proses meniup Xiao itu, rakyat menemui bahawa jika mempunyai banyak lubang yang jaraknya tidak sama dalam satu paip akan muncul bunyi yang berbeza, maka Xiao itu menjadi Dongxiao yang mempunyai banyak lubang. Xiao hari ini sebenarnya dihasilkan pada zaman Dinasti Han. Xiao itu merupakan alat muzik rakyat etnik Qiang yang tinggal di provinsi Sichuan dan Gansu. Bentuk Xiao itu agak sederhana, nampaknya hampir sama dengan seruling. Ia dibuat daripada buluh, tetapi agak panjang daripada seruling. Dalam badan paip itu terdapat 5 lubang dan di bahagian belakangnya juga mempunyai satu lubang. Selain itu juga terdapat 3 hingga 4 lubang di bawah paip tersebut, untuk mengatur seluruh suara. Suara Xiao agak merdu dan unik. Teknik meniup Xiao hampir sama dengan , tetapi lebih sesuai untuk meniup irama halus. Ia sesuai permainan solo dan paduan dan juga digunakan untuk meniup muzik tempatan.

Erhu adalah salah satu alat musik gesek tradisional Tiongkok, dan dilacak sampai zaman Dinasti Tang. Pada masa itu, erhu populer di antara rakyat etnis-etnis minoritas yang bermukim di bagian barat laut Tiongkok. Erhu merupakan alat musik utama dalam pertunjukan opera tradisional Tiongkok.Erhu berstruktur yang sederhana dengan panjangnya hanya 80 sentimeter. Alat ini mempunyai dua dawai. Dalam pertunjukan, pemusik memegang erhu dengan tangan kiri, sedang tangan kanannya memegang penggesek. Musik yang dimainkan erhu sangat ekspresif, dan sering dijuluki sebagai "biola ala Tiongkok". Erhu dapat dimainkan dalam pertunjukan recital dan dapat pula dijadikan sebagai alat iringan musik untuk pertunjukan nyanyi dan tari serta opera. Di orkes musik tradisional Tiongkok, erhu adalah alat musik utama yang memainkan peran yang mirip dengan peran biola dalam orkes musik Barat.

Ruan adalah semacam instrumen musik yang bersenar di Tiongkok. Ruan pada zaman dahulu disebut sebagai “Qin Piba”. Instrumen musik yang disebut “Xuan Tao” yang pernah populer pada zaman Negara Qin sebelum Masehi merupakan pendahulu Ruan itu. Seorang musisi yang bernama Ruan Xian sangat pintar main alat musik ini dan masa rakyat ketika itu menyebut alat musik itu dengan nama musisi itu. Singatan Ruan dari nama Ruan Xian baru dimulai sejak Dinasti Song. Bentuk luarnya sangat sederhana, dan terdiri atas 3 bagian yaitu kepala, batang dan badan. Struktur, bahan dan cara permainannya sangat mirip instrument musik “Piba”. Suara Ruan sangat menyaring dan selalu berperan utama dalam band.

Yang Qin memrupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. Badannya dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua / tiga Tali logam sejumlah beberapa didapati di kedua belah kotak suaranya. Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.


ALAT MUSIK INDIA

SITAR
Sitar adalah sejenis alat muzik tradisional India yang berbentuk panjang dan bawahnya berbentuk bulat yang berfungsi sebagai kotak muzik.Lima tali logam dan melalui sepanjang sitar adalah untuk memainkan lagu atau ragam.Dua lagi tali logam adalah digunakan sebagai debaran tetap.Satu set wayar tipis adalah nada bagi Raga yang dimainkan sebagai alat gegaran supaya membuatkan lebih gema.

TABLA

Tabla adalah alat muzik tradisional India yang amat terkenal.Ia adalah sepasang gendang.Ia mempunyai satu gendang kecil di sebelah tangan kanan yang digelar sebagai “dayan” dan satu gendang logam besar di sebelah kiri yang digelar sebagai “bayan”.Tabla mempunyai konstruksi yang amat menarik.Dayan(gendang sebelah kanan),kebanyakan dibuat daripada kayu.Bayan(gendang sebelah kiri)mungkin adalah dibuat daripada besi,aluminium,tembaga,baja atau tanah liat,namun kuningan dengan karat adalah bahan mencipta tabla yang paling popular.Ciri-ciri tabla yang paling menonjolkan ialah tindik hitam besar yang di atas setiap tabla.Tindik hitam besar itu adlah campuran getah,asap arang batu dan besi.Fungsinya adalah untuk mencipta bunyi macam loceng.


ALAT MUZIK SABAH DAN SARAWAK

Jenis Alat Muzik

Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contohnya, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan), erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton), idofon (togunggak, gong, kulintangan) dan membranofon (kompang, gendang atau tontog).

Keseragaman

Muzik di Sabah merupakan sebahagian yang penting bagi semua kegiatan sosial di peringkat kampung. Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud dalam kalangan penduduknya sejak bertahun-tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri.

Tradisi Lisan

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper.

Sape

Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Gong

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan digunakan dalam upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai suku kaum Rungus di Kudat membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic. Gong yang lebih popular ialah mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

Bungkau

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

Sompoton (Erofon)

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

----------------------------------------------------------------------

TARIAN MELAYU

TARIAN ASLI

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu tertentu.Tarian ini dicipta daripada lagu Makan Sirih,Gunung Banang,Sapu Tangan,Asli Selendang,Bentan,Telani dan Asli Abadi.

TARIAN ASYIK

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah-daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja Kelantan dan Patani.Gerak-geri tarian ini bersifat lemah lembutdan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu,lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.Mereka mula menari apabila ketibaan Puteri Asyik.Tarian Asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam derinai,Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab,gambang dan gedombak.

TARIAN AYAM DIDIK

Tarian ini berasal daripada gerakan berlaga ayam,iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis.tarian ini diiringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TALIAN BALAI

Tarian ini berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu.Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampong dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.Penari-penari akan menari mengelilingi balai,iaitu sejenis paying panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang.

TARIAN CANGGUNG

Tarian ini berasal dari negeri Perlis dan menjadi populardi negeri Kedah,Perlis dan Pulau Pinang.Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua.

TARIAN SITI WAU BULAN

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan,Ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

TARIAN CINTA SAYANG

Tarian ini menggambarkan keluarga nelayan.Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

TARIAN DABUS

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.

TARIAN GAMBUS

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak 50 tahun yang lalu dan dipercayai berasal dari negeri Arab.

TARIAN INAI

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana.Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di ats pelamin.

TARIAN JOGET

Tarian ini dipegaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian social.

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam.Ciri kejawaan jelas pada pakaian penari-penari dan unsure Islam jelas semasa pepernagan RAsullollha dan para sahabat.

TARIAN MAK INANG

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,tarian mak inang saangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan daripada majlis social.

TARIAN ZAPIN

Tarian ini berasal dari Parsi.Ia diiringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas.Pakaian yang digunakan adalah baju Melayu.

----------------------------------------------------------------------

TARIAN CINA

Tarian Singa merupakan sejenis tarian yang sangat popular di Malaysia terutama sekali di kawasan yang terdapat banyak kaum cina seperti di negeri Pulau Pinang. Kebanyakkan penarinya adalah daripada golongan muda kerana ini amat memerlukan banyak tenaga dan kekuatan. Peralatan yang paling penting bagi tarian ini adalah singa buatan. Badan singa ini diperbuat daripada kain dan panjang kain tersebut adalah bergantung kepada bilangan penari yang mengendalikan tarian ini. Kain dihiaskan dengan warna emas untuk menunjukkan kegemilangan haiwan ini yang digelarkan “raja segala haiwan”. Para penari biasanya akan menimbulkan suasana persekitaran yang meriah dengan bantuan alat muzik daripada pukulan “gendang”, “canang”,dan “simbal”. Secara tidak langsung, penari akan menari dengan irama bunyi tersebut. Tujuan Tarian Singa ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan di dunia ini.

Tarian Payung mempunyai sejarah yang amat menarik sekali. Ia merupakan tarian rakyat yang sangat popular pada Dinasti Han di China. Tarian ini berasal daripada sebuah daerah di China yang terkenal dengan pembuatan payungnya. Tarian Payung ini mempunyai tarikan tersendiri. Gaya dan semangat yang dipersembahkan di Malaysia adalah menyerupai persembahan yang sebenar di negara China. Penari memakai kostum seperti yang dipakai di Dinasti Han. Muzik iringan bagi persembahan ini biasanya berentak irama bebas yang berterusan. Tarian Payung ini biasa dipersembahkan oleh kaum wanita dengan lenggok yang lemak gemalai yang mewakili keamanan, kasih sayang dan harmoni.

Tarian Kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angina merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mempercayai “Fung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh masyarakat.

Tarian Pedang merupakan sejenis tarian yang bersifat bercampuraduk sama ada lelaki atau perempuan, di mana ahli kumpulan mesti mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat Seni Pedang Cina. Jenis tarian ini amat mementingkan seni pedang dalam melatih seni mempertahankan diri dan juga aktiviti yang menyihatkan badan. Tujuan seni tarian ini adalah untuk menunjukkan bahawa masyarakat cina mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan alat pedang. Tarian ini juga bertujuan untuk mempamerkan aksi gaya penggunaan pedang yang halus dan menarik yang diiringi muzik.

----------------------------------------------------------------------

TARIAN INDIA

Negara Malaysia turut menawarkan seni tari India yang tidak kurang hebatnya dengan tarian India yang terdapat di Negara asalnya.Seni tari India turut memaparkan gaya persembahan yang tersendiri yang menggabungkan elemen-elemen klasik,kemanusiaan dan kepercayaan mereka.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.Secara tradisional,tarian ini di persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat iaituAlarippu,Jatiswaram,Sabdam,Varnam,Padam dan Thillana.Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya(Tarian Ekspressi).Nritta merangkumi tiga elemen iaitu posisi berdiri yang asas,pergeraakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.

Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang sama dikenali sebagai Jatis.Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi,Kalyani dan Kambodhi.

Vokalis akan mengarahkan pergerakan tarian dengan menyuarakan Shollukatus atau sillibus ritma.

TARIAN BHANGRA

Tarian Bhangra merupakan suatu bentuk tarian untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebib memaparkan komoniti Sikh di Malaysia.Setiap pergerakan dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri dalam usaha memaparkan suatu pergerakan yang artistic.Penari bagi taian ini biasanya akan mengenakan pakaian yang berwarna cerah.

Terdapat banyak penekanan terhadap teknik kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu cirri utama adalah pergabungan di antara cirri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistic dan fizikal.Lagu yang digunakan dalam tarian ini adalah gabungan lagu asli diiringi dengan tradisional seperti tholl(drum),harmonica,tamborin dan klapper muzik.

Tarian Bharga biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan,harijadi dan perayaan kekeluargaan.

----------------------------------------------------------------------

TARIAN SABAH & SARAWAK

TARIAN SUMAZAO

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di seluruh

Malaysia.Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazanduzun.Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,menyemah semangat,dan mengubati penyakit.Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah-lembut.Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.Ketika menari tangan dikepakkan keluar,gerakannya turun naik seperti burubg terbang.Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan sementara,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.Irama dan bahasa tarian mengiriingi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambing mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN MAGUNATIP

Tarian Magunatip ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau(Kwijau).Megunatip berasal dari perkataan “apit”di yang bermakna jepit.Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu(buluh)jikalau tidak cekap mengelakkannya.Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian MAgunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

TARIAN NGAJAT

Tarian Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang.Pada masa dahulu,pemburu kepala dari suku kaum ini yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak,diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.Pahlawan lelaki mempertunjukan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

TARIAN DATUN JULUD

Tarian ini berasal dari Sarawak dan ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan.Ia merupakan tarian bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan,Kutai,Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur.Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah sape.Dalam tarian ini,bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan.Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

----------------------------------------------------------------------

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Silat Orang Melayu

Silat ialah salah satu tradisi melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.

Silat Seni Goyang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris(langkah pahlawan cara menggunakan senjata) Seni Simbat(cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi(buah pukulan), Seni Belian(silat haimau bersilat secara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti(Tingkatan I-IV).

Seni Silat Gerak Kuntau berasal dari Gunung,Kelantan Darul Naim. Pada peringkat awal, seni beladiri ini adalah gabungan dua seni beladiri iaitu seni silat yang bererti seni beladiri orang Melayu dan seni kuntau yang beerti seni beladiri bagi orang Cina. Gabungan budaya Melayu dan Cina yang begitu erat di daerah gunung ini akhirnya telah melahirkan Seni Silat Gerak Kuntau yang menjadi milik masyarakat tempatan suatu ketika dulu.

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri dari bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun lmpau. Seni silat ini sememangnya telah berusia bratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke sebuah generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini dari aliran Silt di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. Di Malaysia sahaja telah wujud beratus –ratus tahun yang lampau dan mempunyai pelbagai cara seperti manggunakan senjata atau tanpa menggunakan

----------------------------------------------------------------------

Wushu Cina

Wushu atau kungfu merupakan seni bala diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul kerana ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapi gangguan binatang buas dan mencari makan. Wushu dalam bahasa Cina ertinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tetapi secara garis basar wushu dapat dibagi dua golongan iaitu Uay Kuag(Gwa Kang) dan Nei Kung(Iwee Kang). Pada Uay Kuang unsure kekerasannya lebih besar dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.

Gaya Yang Dipertandingkan

Taolu (peragaan), Tombak (Qianshu), Jurus Panjang (Changguan), Toya (Gunshu), Jurus Selatan (Nangguan), Toya Selatan, Taichi Jurus Kombinasi, Golok Selatan, Golok (Daoshu), Taichi Pedang, Pedang (Jianshu), Sanshu (Perkelahian Bebas).

Tai Chi Quan berbeza dengan jenis Wu Shu yang mengutamakan kecepatan dan kelincahan serta kedasyatan pukulan dan tandanga. Gerakan Tai Chia Quan halus dan lembut tetapi ‘bertenaga’, bagaikan ‘Baja yang berbalut kapas’ yang desertai dengan ‘ledakan’ ‘Fa Jing’ yang merupakan ciri khas Wu Shu Internal. Menurut legenda pencipta Tai Chi Quan adalah tokoh Tao yang hidup sekitar abad 13 iaitu Zhang San Feng/ Chan San Fung/ Thio Sam Hong(Hokian) yang juga pendiri Wu Tang Bai/ Bu Tong Pay(Hokian). Salah seorang muridnya yang bernama Jiang Fa mengajarkannya kepada Chen Wang Ting yan akhirnya menjadi bakal Tai Chi Marga Chen.

Ba Gua Zhang (Tapak Delapan Penjuru) mula dikenal lewat Master Dong Hai Quan/ Tung Hai Chuan(1797-1882) pada masa dinasti Qing. Dong Huai Quan mempelajarinya dari dua orang Pertapa Tao di Gunung Jiu Huan (Sembilan Bunga). Ada sebuah legenda bahawa seorang Master Xing Yi Quan yang bernama Gua Yun Shen pernah mangadu limu dengan Dong Hai Quan. Dlama pertarungan selama 3 hari 3 malam, kemampuan mereka ternyata berimbang dan masing-masing mengerti perdedaan dan persamaan kedua-dua jenis seni beladiri yang mereka kuasai. Akhirnya mereka bersahabat dan saling menukar ilmu. Itulah sebabnya dewasa ini seorang praktisi BaKua Zhang biasanya juga menguasau Xing Yi Quan dan sebaliknya.

Ciri khas Ba Kua Zhang adalah:

Gerakan berupa ‘langkap memutar’, bergulung, berbelit, berpilih.

Strategi: menghindari konfrontasi berhadapan, memutari dan mengelilingi lawan untuk menghidar dan mencari posisi untuk menyerang dari sampirng.

Senjata: Pedang Lurus, Golok, Tombak, Tongkat, Pisau Tanduk Rusa.

Chi Kung diterjemahkan sebagai ‘ilmu Pernapasan’. Ini kerana napas merupakan salah satu unsur yang utama dalam berlatih Chi Kung. Dengan perantaraan napaslah tubuh menghisap Chi dari udara/ alam. Tetapi ada juga yang menyebutnya ‘Ilumu Tenaga Dalam’. Inin kerana Chi Kung biasa membangkitkan tenaga yang tidak hanya dihasilkan oleh otot, tenaga misteri yang memancar dari dalam tubuh. Pada dasarnya Chi Kung adalah sebuah seni mengolah tenaga(Chi) untuk membangkitkan suatu kekuatan atau daya(Kung). Seni ini sudah dikembangkan oleh kaum Tao yang disebut kelompok Chi Kung Men sejak ribuan tahun yang lalu.

----------------------------------------------------------------------

INDIA

Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia.Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India.Oleh itu,seni Silambam boleh dianggap sebagai sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia.Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman.Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagaikan telah mengalami kejituan.

Silambam bermakna pergerakan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu,pedang dan tombok.Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan,tindakan untuk menakutkan orang lain,tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu.

Kepakaran awal dalam seni Silambam ialah “membina rumah”.Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan kaki 16,32,64 dan sebagaikan untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya sebelum menerkamnya.

Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok,lincah,bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan menggerakkan badan pada empat situasi,iaitu kepala,bahu,pinggang dan kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu.

----------------------------------------------------------------------

BIBLIOGRAFI

Tarian

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=459

http://www.geocities.com/kebudayaan2001/tarian_cina.htm

http://www.ssl.sabah.gov.my/clh/english/culture/culture_dance.htm

http://members.tripod.com/Bobezani/budaya.htm.

http://www.geocities.com/kebudayaan2001/tarian-cina.htm.

http://www.geocities.com/rifdan 2002/senimkat.htm

http://www.geocities.com/kebudayaan2001/tarian_india.htm.

http://www.geocities.com/sabah culture/

Alat Muzik

http://www.chandrakantha.com/articles/indian_music/instruments.html

http://www.chineseculture.net/guqin/instruments/

http://www.rickshriver.net/malaysianinstruments.htm

http://travel.tourism.gov.my/my/about/culture_music.asp

http://infopedia.ni.sg/articles/SIP_597_2005-01-04.html

http://ms.shvoong.com/movies/m-documentary/1793885-alat-muzik-tradisional-,asyarakat-sabah/

http://ms.wikipedia.org/wiki/yangqin

http://chandrakantha.com/articles/indian-music/tabla.html.

Seni Mempertahankan Diri

http://www.silambam.in/silambam.htm

http://www.chinavoc.com/kungfu/cbox_catalog.asp

http://www.kampfsport-online.com/Indonesien/pencakhistory.htm

http://www.tao-4u.net/default.htm

http://asrul-manjoi.blogspot.com/2006/04/2-seni-bela-diri-bangsa-utama-di.html

Nyanyian

http://members.tripod.com/Bobezani/budaya.htm.

Citrawarna Malaysia

http://www.coloursofmalaysia.com.my

http://www.coloursofmalaysia.com.my/index .php/Citrawarna/Citrawarna.html.

----------------------------------------------------------------------

Bagaimana Program Cintawarna Malaysia yang diadakan setiap tahun di bawah kementerian Pelancongan dapat mengeratkan lagi hubungan etnik di Malaysia

Dalam Program Citrawarna Malaysia, persembahan dari segi kebudayaan,tradisional and kesenian dalam bentuk tarian dan muzik yang menarik dan penuh keunikan dianjurkan secara besar-besaran. Dalam program ini, lebih seribu peserta dari seluruh Malaysia akan menyetai persembahan untuk menjayakan program ini. Peserta-peserta yang dari bebilang kaum dan belainan latar-belakan, menunjuk kesenian kebudaya masing-masing dan meraka juga dapat membelajari seni kebudayan kaum lain, dan ini akan maningkatkan semagat perpaduan kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, Melalui program citrawarna, rakyat berbilang kaum yang menghadiri turut boleh berkomunikasi dan mengeratkan hubungan etnik.

No comments: